Jangan politikkan isu Palestin, pesan Perdana Menteri
Iklan
Anwar menegaskan beliau berpegang dengan pendirian bahawa konflik Israel-Palestin meragut banyak nyawa dan beliau enggan terlibat dengan wacana yang sia-sia.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan konflik Israel dan Palestin tidak harus sama sekali dipolitikkan.
Menurutnya, beliau berpegang dengan pendirian bahawa isu tersebut meragut banyak nyawa dan beliau enggan terlibat dengan wacana yang sia-sia, yang mempertikaikan dan sinis terhadap tindakannya.
Iklan
Iklan
Tambah Anwar, beliau faham masing-masing ada pendirian dan mungkin ia berbeza, namun isu tersebut tidak harus menjadi modal politik.
"Saya ikuti beberapa perkembangan... sebab itu saya sebut tadi, tak usah dipolitikkan. Masing-masing ada pendirian, mungkin ada perbezaan dari segi tindakan.
Iklan
"Tetapi jangan anggap ini isu yang boleh kita permainkan untuk dapat kepentingan politik seperti mana yang pernah disebut dalam luhur bangsa Melayu, jangan kita bina mahligai atas pusara.
"Orang derita, banyak terkorban, jangan kita mahu gunakan ini sebagai medan politik atas pusara rakyat.
Iklan
"Pendirian kita, sedaya upaya menyampaikan dan hampir setiap hari hubungan dengan negara Islam, dan sealiran untuk menyatakan pandangan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH - Pulai) yang meminta ulasan Perdana Menteri berhubung beberapa kenyataan sinis terhadap pendirian Malaysia dalam isu Palestin. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>