Muzium Chimney

Iklan
'Chimney' Misteri Arkeologi sebagai salah satu produk unik 'Visit Malaysia 2020' (VM2020) Labuan. The Chimney Labuan yang dikenali sebagai 'Punil' oleh penduduk setempat dan merupakan mercu tanda penting bagi Labuan yang terletak di Tanjung Kubong, Labuan. Menara setinggi 106 '6"(32.5 m) dibina pada awal 1900-an ketika Labuan masih berada di bawah pentadbiran 'British North Borneo Chartered Company. Chimney dibina daripada beribu-ribu batu bata merah yang dibawa dari England dengan dinding luar sahaja menggunakan lebih daripada 23,000 biji batu bata merah. Ia dibina untuk menyerupai sebuah menara berbentuk segi empat dengan struktur berongga dalam berdasarkan seni bina British yang tipikal pada masa itu. - Foto Bernama