Rintihan solidariti umat Islam
Iklan
Orang ramai menyertai protes bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin di pusat bandar Amman, Jordan pada Jumaat. - Foto Xinhua
SEHINGGA artikel ini ditulis, penjajah Zionis Israel masih lagi melancarkan serangan demi serangan yang amat kejam terhadap wilayah Semenanjung Gaza di Palestin.
Israel telah mengebom dan menghancurkan bandar Gaza secara konsisten dengan ribuan peluru berpandu dalam serangan udara yang kejam pada setiap hari sejak Ahad, 8 Oktober 2023 yang lepas.