Harga ayam dijamin tidak naik mendadak
Iklan
Peniaga, Mohd Fadlysam Daud, 39, menyusun ayam proses segar yang dijual pada harga RM8.29 sekilogram bagi pembelian secara borong dan RM9 (runcit) semasa tinjauan di Gong Pauh, Kuala Terengganu pada Isnin. Gambar kecil: Jeffery Ng
SHAH ALAM - Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menjangkakan harga ayam di pasaran tetap dijual di bawah RM9.40 sekilogram, meskipun pengapungan harga makanan keperluan rakyat itu mula dilaksanakan mulai esok.
Penasihatnya, Datuk Jeffery Ng Choon Ngee berkata, pihaknya memberi jaminan tersebut berdasarkan bekalan bahan mentah itu masih mencukupi untuk menampung keperluan pada ketika ini.