Buah Nanas MD2

Iklan
Dikenali tanaman yang tidak banyak 'karenah' dan buahnya pula boleh menghasilkan pelbagai produk lain, perusahaan tanaman nanas MD2 mampu menjadikan taraf hidup kumpulan B40 ke tahap yang lebih baik.

Nanas MD2 juga mempunyai potensi dan memberi pelbagai manfaat kepada pengusaha kerana tanaman ini tidak bermusim sekaligus memberi pendapatan tinggi kepada pengusahanya.

Berdasarkan kajian hasil pada tahun lalu, seramai 2,842 daripada 3,552 pengusaha tanaman nanas telah mencapai pendapatan bulanan melebihi RM5,000 selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-11.

Manakala untuk trend eksport nanas juga telah meningkat dengan nilai eksport keseluruhan produk berasaskan nanas berjumlah RM1.148 bilion tahun lalu berbanding RM1.106 pada 2021.

Sehingga kini, hampir 20 negara mengimport produk nanas dari Malaysia antaranya China, Singapura, Mesir dan Jepun.