47 masjid musnah, 3 gereja rosak akibat dibom Israel di Gaza
Iklan
GAZA CITY - Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan kemusnahan 47 buah masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
"Pengeboman Israel juga merosakkan sebanyak 203 buah sekolah dan 80 bangunan kerajaan di Semenanjung Gaza,” kata pengarah pejabat media, Salama Maarouf dalam sidang media.