Tiada paksaan beli buku latihan tambahan
Iklan
Noor Effandi
MELAKA TENGAH - Pihak sekolah tidak boleh memaksa ibu bapa menyelesaikan bayaran serentak pada minggu pertama persekolahan sebaliknya memudahkan mereka melalui ansuran.
Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, bayaran yang ditetapkan pihak sekolah ialah keperluan peralatan, buku latihan tambahan dan program sekolah yang kebiasaannya membabitkan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Iklan
Iklan
Katanya, bagi persediaan murid Tahun Enam pula, kebiasaannya sebelum akhir tahun atau awal persekolahan ibu bapa akan dipanggil untuk sesi penerangan kutipan wang bagi program latih tubi serta perbincangan semasa mesyuarat PIBG.
"Apa juga bayaran berkaitan sekolah boleh dibuat secara ansuran dan ibu bapa boleh berbincang dengan pihak pengurusan sekolah jika ada masalah. Bayarlah yang penting dahulu.
Iklan
"Maklumkan kepada guru kelas bayaran yang akan dilunaskan kemudian secara berperingkat kerana paling penting anak-anak kita dapat meneruskan proses mencari ilmu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Effandi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas berkata, mungkin ada ibu bapa mengeluh mengenai perbelanjaan persekolahan terutama bagi mereka yang mempunyai anak bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2020.
Iklan
Menurutnya, senarai keperluan dan bayaran di peringkat sekolah telah dipersetujui dalam Jawatankuasa PIBG setiap sekolah dan barangan keperluan sekolah adalah pilihan.
"Ibu bapa yang ada masalah boleh berjuma guru kelas untuk mengetahui tahap pendidikan anak-anak dan sekolah sentiasa bersikap terbuka demi kebaikan bersama," katanya.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.