Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah
Iklan
Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji (kiri) dan pegawai APM Kedah melakukan pemantauan fenomena air pasang besar di Jeti Kuala Kedah, di sini, Ahad.
KUALA KEDAH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah sehingga mampu mencapai paras 3 meter (m) selama tiga hari bermula Ahad hingga 31 Oktober depan.
Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata, fenomena tersebut turut dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan pantai terutama sekiranya hujan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, empat daerah yang berisiko berlaku kejadian air pasang termasuklah Kota Setar, Kuala Muda, Yan dan Kubang Pasu.
"Berdasarkan jadual paras air pasang surut, paras air pasang mencapai paras 3 m pada jam 12.47 tengah malam pada Ahad,manakala paras air dijangka mencecah 3 m pada jam 1.16 pagi, Isnin.
Iklan
"Pada 31 Oktober, paras air pasang dijangka mencapai 2.9 m pada jam 1.45 pagi,"katanya pada sidang media selepas melakukan pemantauan fenomena air pasang besar di Jeti Kuala Kedah, di sini, Ahad.
Hadir sama,Timbalan Pengarah APM Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff.
Iklan
Sehubungan itu, katanya, Petugas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) berkaitan akan membuat pemantauan semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan penduduk setempat.
Menurut beliau, pasukan penyelamat pantai di menara tinjau sekitar Pantai Merdeka dan pantai sekitar Pulau Langkawi khususnya Pantai Cenang diarahkan untuk memantau pergerakan orang awam yang datang beriadah.
Tambahnya, tumpuan kawasan berisiko melibatkan Kuala Kedah,Kota Kuala Muda, Kuala Yan dan Kuala Jerlun.
Zairil memaklumkan, pihaknya juga akan sentiasa bersiap siaga dari segi aset, logistik dan sumber manusia.
Beliau berkata, setakat ini, seramai 1,100 anggota bersiap sedia digerakkan dengan aset darat melibatkan 38 kenderaan dan aset air melibatkan 85 bot untuk tempoh tiga hari itu.
Dalam perkembangan sama, Zairil berkata, orang awam khususnya penduduk di kawasan pesisir pantai supaya peka terhadap sebarang amaran dikeluarkan agensi dan pihak berkuasa.
Kata beliau lagi, sekiranya diarahkan, penduduk setempat perlu bersedia berpindah ke tempat selamat ataupun pusat pemindahan sementara.
Zairil turut menasihatkan nelayan bot kecil agar tidak keluar ke laut ketika fenomena air pasang berlaku.
Tambah beliau, orang awam diingatkan supaya menjaga keselamatan diri, keluarga terutamanya anak-anak kecil ketika beriadah di pantai.
"Jika berlaku kenaikan paras air yang mendadak dan tidak selamat, bersedia untuk berpindah atau keluar ke tempat yang lebih selamat.
"Selain itu, orang awam diharapkan mematuhi arahan semasa pihak berkuasa dan petugas pantai," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.