Tawar lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik
Iklan
Kerajaan diminta untuk menawarkan bilik sewa dengan harga mampu milik bagi mengekang isu jutaan rakyat Malaysia bergantung kepada sewaan bilik penuh atau partition terutamanya pelajar pengajian tinggi dan golongan muda yang tidak mampu menyewa rumah atau apartmen.
SHAH ALAM - Kerajaan diminta menawarkan bilik sewa dengan harga mampu milik bagi mengekang isu jutaan rakyat Malaysia terpaksa bergantung kepada bilik sewa 'partition' terutamanya pelajar pengajian tinggi dan golongan muda yang tidak mampu menyewa rumah atau apartmen.
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, kerajaan juga perlu terus membina rumah kos rendah untuk rakyat yang tidak mampu melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Skim Perumahan Rakyat (SPR) PERDA.