Cadangan penetapan nilai mata wang tidak diterima kerajaan - Tun M
Iklan
DR MAHATHIR
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan kepada kerajaan agar menetapkan nilai mata wang untuk lebih stabil, namun perkara itu ditolak kerana bertentangan dengan amalan kewangan antarabangsa.
Mahathir berkata, pelaksanaan tersebut pernah menjadi kejayaan kepada negara semasa menghadapi Krisis Kewangan Asia 1997 hingga 1998 dan mendapat pujian daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Iklan
Iklan
Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan kepentingan ekonomi negara dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat.
"Banyak negara yang mendapat manfaat hasil daripada tindakan ini.
Iklan
"Kita faham amalan kewangan antarabangsa ini bukan selalunya menguntungkan kita.
"Kerajaan perlu tetapkan nilai mata wang supaya ia lebih stabil," katanya dalam sidang media Persidangan Tahunan Dewan Kepimpinan Nasional Berjasa (Sidang) 2023 bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini pada Sabtu.
Iklan
Pada 19 Oktober lalu, kejatuhan nilai ringgit ke paras paling rendah sejak 1998 disebabkan faktor luaran termasuk kebimbangan terhadap konflik yang sedang berlaku di Asia Barat sekarang.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, penurunan mata wang memberi kesan langsung terhadap kos sara hidup yang kini membebankan rakyat.
Jelasnya, masyarakat terpaksa berbelanja secara berlebihan apabila harga barang dan makanan menjadi lebih mahal.
"Kita lihat pada hari ini nilai mata wang semakin menyusut dan rakyat menderita dengan peningkatan kos sara hidup," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>