Perkasakan pak tani kita
Iklan
Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak tanah pertanian bagi menggalakkan penyertaan pihak swasta, menerap teknologi moden dan AI bagi meningkatkan kualiti benih dan produktiviti hasil tanaman. - Gambar hiasan
DUNIA kini berada dalam era gelombang revolusi teknologi yang diwarnai dengan kehebatan ChatGPT, kereta Tesla yang boleh pandu sendiri, telekomunikasi satelit, pengubahan genetik dan kecerdasan buatan (AI).
Apakah harapan paling besar rakyat Malaysia dalam dunia serba canggih kini?
Jawapannya, kos sara hidup dan keterjaminan makanan.