Identifikasi parti dan pilihan raya
Iklan
Calon-calon yang akan bertanding dalam PRK bagi DUN Jepak (dari kiri) calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chieng Lea Phing, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang. - Foto Bernama
BARANGKALI ramai yang tidak sedar ada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung pada Sabtu depan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Ini berikutan isu Palestin ketika ini lebih mendominasi perbincangan dengan setiap perkembangan yang berlaku menenggelamkan pandangan umum terhadapnya.