Adakah industri kecil, sederhana, mikro juga perlu jaga alam?
Iklan
Walaupun Malaysia dikira melepaskan hanya 0.4 peratus gas rumah hijau dunia, kita akan tetap merasai kesan pemanasan bumi dan perubahan cuaca seperti hujan yang berlebihan dan panas yang berpanjangan.
MINGGU ini saya menghadiri persidangan JC3 Journey To Zero 2023 selama tiga hari. Ia membincangkan berkenaan usaha menangani perubahan iklim dan juga mengekalkan alam semula jadi serta kesejahteraan penghuninya.
Ramai pakar dari dalam dan luar negara yang berkongsi perkembangan terkini usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan juga apa yang akan diperkenalkan di masa hadapan.