Lelaki di sebalik wajah 'meme' popular meninggal dunia

Iklan
Wajah meme terkenal, Gerry Alanguilan telah meninggal dunia pada Jumaat lalu

FILIPINA - Setiap rakyat Malaysia yang menggunakan media sosial pastinya pernah melihat wajah seorang lelaki ini yang menjadi meme popular bukan sahaja di negara ini malahan seluruh dunia.

Gerry Alanguilan yang wajahnya menjadi meme popular bukan sahaja di negara ini malah seluruh dunia telah meninggal dunia Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Berita kematiannya itu dikongsi oleh isterinya, Ilyn Alanguailan di Facebook yang memaklumkan suaminya meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dapat diberitahu.

Walaupun popular dengan aksi meme mukanya di media sosial, namun Gerry merupakan seorang artis dan inker buku komik yang berbakat besar seperti Wetworks, X-Men, Superman: Birthright, Wolverine, dan sebagainya.

Iklan

Gerry Alanguilan juga dikenali kerana ciptaan beliau, seperti Johnny Balbona, Humanis Rex!, ELMER, Timawa, dan Where Bold Star Goes to Die.

Ketua Editor Marvel, C.B. Cebulski turut meluahkan kesedihannya melalui akaun Twitter atas pemergiaan Gerry kerana telah kehilangan penulis yang mempunyai bakat yang menakjubkan.

Iklan

Menurutnya, rakyat Filipina pasti amat terasa dengan tokoh mereka yang selama ini telah banyak mengharumkan nama negara tersebut di dalam industri komik.

"Sedih untuk menerima pemergian Gerry Alanguilan. Seorang yang hebat yang diambil terlalu awal daripada kami. Seorang penulis dan inker yang menakjubkan, mentor kepada artis-artis muda, banyak idea untuk komik global dan komuniti Filipina telah kehilangan seorang kawan dan wira mereka.

Perkongsian Cebulski kini tular di media sosial dan rata-rata warga maya khususnya masyarakat Filipina bersedih dengan pemergian Gerry yang merupakan seorang yang ramah dengan peminatnya.

"Saya berharap saya boleh meluangkan masa lagi bersamanya. Lelaki ini merupakan seorang lelaki yang betul gentleman dan bersungguh-sungguh dalam memberi yang terbaik kepada komik. Pemergiannya pasti akan dirindui," tulis @iamironfist23 di Twitter.

@zazvercetti pula memberitahu" Saya seorang Youtuber terawal, pelawak, meme yang akan diingati, artis terbaik. Minggu lalu baharu tengok salah satu videonya di Youtube dan tak sangka itu merupakan videonya yang terakhir,".

·