Sanusi boleh jadi calon import di Kemaman
Iklan
Dari kiri: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Ahmad Samsuri; Sanusi dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor boleh dinamakan sebagai calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan biarpun beliau merupakan ‘orang luar’.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, situasi itu bukanlah perkara luar biasa kerana sudah menjadi amalan Pas meletakkan calon bukan anak tempatan.