Pelanggan hanya datang tengok, tak beli
Iklan
Syarafina Atirah menunjukkan antara barangan kemas terbaharu yang dijual di Kedai Emas Seri Pekan Rabu, Alor Setar.
ALOR SETAR - Harga emas 916 naik mendadak sehingga melebihi paras RM300 per gram menyaksikan kuasa membeli orang ramai semakin mengecil.
Peniaga di Kedai Emas Seri Pekan Rabu, Syarafina Atirah, 34, berkata, sejak harga logam berharga tersebut meningkat, jumlah pelanggan yang hadir ke kedai emas boleh dikira dengan jari.