Mentaliti juara barakan SMK Dato’ Harun
Iklan
SMK Dato' Harun antara pasukan pilihan menjulang kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2023.
STATUS pasukan pilihan dalam kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 (B-18) tahun, tidak dinafikan ia satu cabaran buat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun, Tanjong Karang.
Namun pengendali skuad bola sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18, SMK Dato’ Harun, Tanjong Karang, Mohammad Zaki Kahar tetap positif, pengalaman dan kematangan dalam kalangan pemainnya mampu menyerap tekanan tersebut.
Iklan
Iklan
"Semua pasukan bertanding ingin perform dan menang.
"Bagi kami ia ibarat kata pepatah ‘Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’ apabila diletakkan sebagai pasukan pilihan yang pastinya menjadi tumpuan.
Iklan
"Kami berazam akan menampilkan permainan terbaik serta perform dalam setiap game dengan mentaliti juara dan bersedia 120 peratus menghadapi pihak lawan.
"Status pasukan pilihan bukan lagi lagi elemen penting apabila pemain-pemain mula pijak padang kami mahu semua pemain tanamkan satu tekad digabungkan dengan usaha hingga peluh terakhir yang diolah bersama taktikal, dengan izin-Nya hasilnya membawa kejayaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Piala Datuk Mokhtar Dahari (B-18).
Iklan
Dengan status pemenang Piala Sumbangsih, SMK Dato' Harun akan berdepan SMK Seksyen 9, Shah Alam dalam aksi suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari (B-18) di padang sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 28, Shah Alam pada Khamis.
Kedua-dua pasukan mengesahkan kemaraan kelompok lapan terbaik selepas mengatasi lawan masing-masing dengan SMK Dato' Harun mara setelah menang tipis 1-0 ke atas SMK Bandar Rinching, Semenyih di Stadium Kuala Selangor.
SMK Seksyen 9 pula turut melakar keputusan sama ketika menyingkirkan cabaran SMK Dato' Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi di padang Radia Arena (A), Bukit Jelutong.
Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari (B-18).
Mengenai persediaan berdepan SMK Seksyen 9, Mohammad Zaki berkata, barisan kejurulatihan telah melipatgandakan latihan pasukan.
"Kami fokus memperbaiki kelemahan setiap sudut dan menanamkan keyakinan dan motivasi tinggi buat pemain-pemain kami,” katanya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.