Lebuhraya SPE dibuka secara rasmi 1 November - Nanta

Iklan
SPE dijangka dibuka secara rasmi kepada umum pada 1 November 2023. - Foto FB Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expessway (SPE) dijangka dibuka secara rasmi kepada umum pada 1 November ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, lebuh raya itu sudah 99 peratus siap namun beberapa fasiliti seperti kemudahan tandas awam, lampu jalan yang melibatkan bekalan elektrik serta sistem kutipan tol dalam persiapan akhir.

Iklan
Iklan

"Saya memahami kegusaran pengguna jalan raya yang memohon laluan Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) dibuka secepat mungkin bagi membantu menyuraikan masalah kesesakan trafik di beberapa kawasan di Kuala Lumpur,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Rabu.

Menurut Nanta, Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa meletakkan keutamaan dalam memberikan kemudahan infrastruktur jalan raya kepada pengguna namun tidak berkrompomi dengan faktor keselamatan.

Iklan

Atas dasar itu, KKR telah mengarahkan syarikat konsesi supaya memastikan setiap faktor spesifikasi dan kemudahan di laluan berkenaan lengkap dan sempurna sepenuhnya, katanya.

Tambah beliau, ini selari dengan semangat kempen MYJalan yang memfokuskan kepada keselesaan pengguna jalan raya. - Bernama

Iklan