Dua faktor kenaikan harga emas - Pakar ekonomi
Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohamad Khair Afham
SHAH ALAM - Pakar ekonomi mendedahkan kenaikan harga emas 916 hingga mencecah paras RM300 bagi setiap satu gram adalah disebabkan oleh dua faktor antaranya melibatkan konflik peperangan Palestin-Israel yang berlaku baru-baru ini.
Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan berkata, faktor luaran yang berpunca daripada konflik itu menimbulkan rasa ketidakpastian dalam kalangan pelabur sehingga menyebabkan mereka berpindah kepada aset yang lebih selamat, terutama emas.