Berkampung di kedai emas
Iklan
Pemilik kedai emas, Murtadhatumizi Mustapha, 28, membeli antara 700 hingga 1,000 gram emas daripada pelanggan setiap hari.
KOTA BHARU - Peningkatan mendadak harga emas dari RM285 kepada RM307 satu gram di sini, merupakan nilai tertinggi dalam sejarah dipercayai kesan daripada konflik Israel-Palestin yang berlaku ketika ini.
Perkara itu diakui oleh seorang pemilik kedai emas yang memiliki lima cawangan di negeri ini termasuk Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang, Murtadhatumizi Mustapha, 28.