PUTRAJAYA - Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam dilancarkan hari ini sebagai inisiatif keprihatinan dan tanda solidariti serta semangat kemanusiaan dalam kalangan penjawat awam terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang melancarkan tabung itu menggesa semua ketua setiausaha dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menggerakkan kutipan sumbangan secara agresif di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing, dalam tempoh dua minggu bermula hari ini.