Ringgit kembali meningkat, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Pada jam 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7840/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7900/7975 pada penutup Isnin. - Gambar hiasan
RINGGIT dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, melantun semula selepas terjejas disebabkan oleh sentimen penghindaran risiko berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
Pada jam 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7840/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7900/7975 pada penutup Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dari sudut teknikal, mata wang domestik menyaksikan permintaan sederhana selepas berada dalam kedudukan yang sangat terlebih jual.
"Ringgit kini berlegar pada paras terendah 25 tahun selepas susut kepada 4.7900/7975 semalam, sekali gus membuka lebih banyak peluang dagangan,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Selain itu, harga minyak yang lebih tinggi turut mempengaruhi prestasi positif ringgit berbanding dolar AS hari ini.
Pada awal dagangan, ringgit bagaimanapun susut berbanding sekumpulan mata wang utama.
Iklan
Mata wang tempatan menyusut berbanding euro kepada 5.1055/1108 daripada 5.0736/0815 pada penutup pada Isnin, lemah berbanding pound Britain menjadi 5.8628/8689 daripada 5.8179/8270 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1959/1995 daripada 3.1935/1985 sebelumnya.
Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.
Nilai ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.6 daripada 300.5/301.2 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding peso Filipina untuk mencatatkan paras 8.42/8.45 daripada 8.43/8.44 sebelum ini.
Sebaliknya, ia susut berbanding baht Thailand kepada 13.2005/2183 daripada 13.1104/1359 semalam dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.5007/5046 daripada 3.4731/4767. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>