Patuhi undang-undang, jangan tunggang motosikal bawa sepanduk

Iklan
Allaudeen memeriksa perbarisan dalam perhimpunan bulanan di IPK Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang menyertai mana-mana perhimpunan di ibu kota dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya mengesan beberapa individu yang menyertai perhimpunan menunggang motosikal sambil membawa sepanduk.

Iklan
Iklan

"Tindakan membawa dan mengibarkan sepanduk semasa menunggang motosikal adalah perbuatan menyalahi undang-undang kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Kita akan melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Selasa.

Iklan

Allaudeen berkata, terdapat beberapa pihak mengadakan perhimpunan di sekitar ibu negara sepanjang minggu ini.

"Ada antara mereka (penganjur) membuat pemakluman kepada kami (mengenai penganjuran perhimpunan, namun ramai (penganjur) yang tidak memaklumkan apa-apa,” katanya.

Iklan

Mengulas mengenai Himpunan Satu Juta Malaysia bersama Palestin yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, pihaknya sudah membuat segala persiapan bagi memastikan kelancaran perhimpunan terbabit.

"Persiapan untuk himpunan malam ini (Selasa) yang di Arena Axiata, sudah digerakkan terutama oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras," katanya.