Anak Saddam Hussein dipenjara tujuh tahun

Iklan
Raghad Saddam Hussein. - AFP

BAGHDAD - [DIKEMAS KINI] Sebuah mahkamah Baghdad telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap anak perempuan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein kerana 'mempromosikan' parti Baath yang diharamkan, secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh di mahkamah).

Parti Baat telah dibubarkan dan diharamkan selepas Saddam digulingkan semasa pencerobohan Iraq yang diketuai Amerika Syarikat pada tahun 2003.

Iklan
Iklan

Menurut keputusan itu, Raghad Saddam Hussein didapati bersalah kerana mempromosikan aktiviti Parti Baath yang diharamkan semasa satu temuramah pada tahun 2021.

Di Iraq, sesiapa yang menunjukkan gambar atau slogan mempromosikan pemerintah yang digulingkan boleh dikenakan pendakwaan.

Iklan

Pada 2021, Raghad bercakap dalam saluran Al-Arabiya milik Arab Saudi mengenai keadaan Iraq di bawah pemerintahan rejim bapanya dari tahun 1979 hingga 2003.

"Ramai memberitahu saya bahawa tempoh pemerintahan ayah adalah zaman kegemilangan dan kebanggaan dan sudah tentu negara ini stabil dan kaya," katanya.

Iklan

Beliau kini menetap di Jordan bersama kakaknya Rana. Saudara lelaki mereka, Uday dan Qusay telah dibunuh tentera AS di Mosul pada tahun 2003. - AFP