Selangor ambil langkah segera tangani masalah bekalan air

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengambil langkah segera bagi menangani isu gangguan bekalan air yang melanda beberapa daerah di negeri ini sejak Sabtu lalu.

Pejabat Menteri Besar Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil dalam mesyuarat tergempar dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, antara langkah yang dikenal pasti akan dilaksanakan segera termasuk mencairkan pencemaran pelarut yang terdapat di Sungai Semenyih.

"Air dari kolam Tasik Idaman Sungai Buah akan disedut untuk dialirkan ke Sungai Semenyih dan air dari Empangan Semenyih akan dilepaskan ke Sungai Semenyih.

Iklan

"Air yang tidak terkesan dengan pencemaran dari Loji Rawatan Air Langat 2 akan dibekalkan kepada terminal simpanan air di Bangi.

"Ini bakal melegakan pengguna di 104 kawasan di sekitar Hulu Langat melibatkan 55,564 akaun pengguna,” menurut kenyataan itu hari ini.

Iklan

Kenyataan turut menyebut, sebanyak 70 lori tangki air dan 16 tangki air bersaiz jumbo telah dihantar ke kawasan terkesan akibat gangguan bekalan air.

"Kesemua tindakan itu adalah langkah sementara sebelum pencemaran bau dapat dipulihkan sepenuhnya," katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri bercadang mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menjadi punca pencemaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Gangguan bekalan air: Uncle Kentang pula bertuala