Zii Jia naib juara Terbuka Denmark

Iklan
Zii Jia - Foto AFP

HASRAT pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan momentum cemerlang dalam kejuaraan badminton Terbuka Denmark di Arena Jyske Bank, Odense tidak kesampaian.

Sebaliknya Zii Jia yang masih segar dengan kejuaraan Terbuka Artik baru-baru ini dijinakkan pemain China, Weng Hong Yang dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Iklan
Iklan

Set pertama Zii Jia yang berstatus nombor 11 dunia bermula garang namun tewas dengan permainan pantas Hong Yang, 12-21 di kejuaraan Super 750 tersebut.

Set kedua, Hong Yang yang berada di kedudukan 22 dunia tampil lebih agresif mengasak Zii Jia untuk kemenangan 21-6 dalam masa 33 minit.

Iklan

Hong Yang pula mara selepas mengambil masa 50 minit untuk menghantar pulang rakan senegara, Shi Yu Qi, dengan kemenangan 21-19, 21-14.

Terdahulu, Cheng Qing Chen-Jia Yi Fan dari China muncul juara beregu wanita selepas menewaskan gandingan Jepun Nami Matsumaya-Chiharu Shida 21-16, 21-13.

Iklan

Dalam beregu campuran Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China pula menewaskan rakan senegara Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 16-21, 21-15, 26-24.

Acara perseorangan wanita, Chen Yu Fei dari China memastikan gelaran miliknya selepas menundukkan Carolina Marin dari Sepanyol 21-14, 21-19.