Salah 'luar biasa'
Iklan
Mohamed Salah. Foto: EPA
PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp memuji Mohamed Salah selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Everton yang beraksi dengan 10 pemain di Anfield pada Sabtu.
Salah memecah kebuntuan dengan sepakan penalti pada minit ke-75 dan kemudian menjaringkan gol sekali lagi dalam masa tambahan sekali gus mengumpul 201 gol peribadinya untuk Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Iklan
Iklan
"Apa yang saya suka tentang Mo, sudah tentu jumlah jaringan Mo Salah. Tetapi, apa yang paling saya suka ialah saya fikir Mo Salah telah bermain dalam jumlah yang luar biasa dan dengan permainan yang hebat — hari ini bukanlah permainan terbaiknya.
"Dia tidak akan pernah berhenti. Itulah sifatnya dan itu sangat bagus untuk kami," katanya.
Iklan
Dalam perlawanan itu, Klopp turut menarik nafas lega apabila pertahanan tengah, Ibrahima Konate terlepas dari layangan kad kuning kedua apabila menjatuhkan penyerang Everton Beto dan turut mengundang kemarahan pengurus Everton Sean Dyche berpendapat pasukan tuan rumah sepatutnya bermain dengan 10 pemain.
Everton tidak begitu bernasib baik apabila kehilangan Ashley Young yang dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama.
Iklan
"Ibrahima, boleh dilayangkan kad kuning kedua. Apabila dia tidak mendapat kad kuning kedua saya fikir okey, kami tidak memberi peluang dan mengeluarkannya.
"Apa yang penting hari ini ialah kami tidak kecewa pada separuh masa kedua dengan fakta bahawa kami belum menjaringkan gol dan saya fikir kami melakukannya dengan sangat baik," kata Klopp.
Kemenangan itu adalah yang pertama untuk Liverpool dalam tiga perlawanan EPL selepas mereka tewas 1-2 di Tottenham Hotspur dan seri 2-2 dengan Brighton & Hove Albion.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com