Kekuatan Briged Al-Qassam yang digeruni Israel
Iklan
Briged Al-Qassam dilatih dari golongan muda Palestin dengan ilmu pertempuran supaya mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi serangan daripada tentera Israel.
SEJAK puluhan tahun, Briged Al-Qassam yang merupakan sayap kanan Harakat al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) menjadi pejuang kepada rakyat negara itu ekoran kekejaman Zionis.
Pasukan ketenteraan ini dikatakan paling digeruni rejim Israel berikutan kejayaan dalam beberapa siri pertempuran walaupun hanya berbekalkan sumber ketenteraan terhad berbanding tentera Yahudi.