Legenda England, Bobby Charlton meninggal dunia

Iklan
Bobby Charlton mengecapi pelbagai kejayaan sepanjang kariernya bergelar pemain.

LEGENDA bola sepak England dan Manchester United, Bobby Charlton meninggal dunia pada usia 86 tahun, umum keluarganya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

"Ia berita yang menyedihkan untuk kami kongsikan bahawa Sir Bobby meninggal dunia dengan tenang pada awal pagi Sabtu. Dia dikelilingi keluarganya," kata kenyataan yang mewakili keluarga Charlton.

Iklan
Iklan

Charlton merupakan anggota skuad England yang memenangi Piala Dunia 1966 selain melalui era kehebatan di peringkat kelab bersama United, yang bergelar kelab England pertama menang Piala Eropah pada 1968.

Kejayaan Charlton menjulang Piala Eropah di United hadir 10 tahun selepas nahas udara Munich ketika dia dan pengurus pasukan, Matt Busby terselamat, namun mengorbankan lapan rakan sepasukan Charlton.

Iklan
Iklan

"Manchester United berkabung selepas kematian Sir Bobby Charlton, seorang daripada pemain terhebat dan paling disayangi dalam sejarah kelab kami," menurut kenyataan United.