Purata seorang kanak-kanak Gaza maut setiap 15 minit

Iklan
Seorang kanak-kanak ditarik keluar dari sisa runtuhan bangunan selepas kawasan kediaman awam di Gaza dibedil roket Israel. - Agensi

LONDON - Pertubuhan Save The Children melaporkan serangan udara Israel telah membunuh secara purata seorang kanak-kanak Gaza setiap 15 minit di wilayah itu sejak pertempuran tercetus 7 Oktober lalu.

Sehubungan itu, Save The Children mendesak gencatan senjata segera di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin meningkat.

Iklan
Iklan

Badan amal yang berpangkalan di United Kingdom itu turut memberi amaran bahawa jumlah kematian bakal meningkat apabila bekalan air kehabisan.

"Tanpa gencatan senjata, kehidupan ribuan kanak-kanak di Gaza umpama telur di hujung tanduk," kata Jason Lee, pengarah pejabat Save The Children Palestin.

Iklan

Israel membedil Genting Gaza dalam Operasi Pedang Besi sebagai tindak balas terhadap Hamas yang melancarkan Operasi Taufan al-Aqsa.

Rejim Zionis turut bertindak memutuskan bekalan elektrik, bahan bakar dan air di Gaza.

Iklan

Sejak pertempuran tercetus, lebih 3,000 rakyat Gaza terkorban termasuk lebih 500 mangsa pengeboman di Hospital Al-Ahli Arab pada Selasa lalu. - Agensi