Elak ketirisan dana industri kreatif
Iklan
Kelangsungan hidup mereka yang bergantung dengan punca pendapatan industri kreatif perlu sentiasa menjadi keutamaan. - Gambar hiasan
BELANJAWAN 2024 memberi banyak ‘take away’ dan manfaat kepada industri kreatif termasuk kandungan serta hiburan Malaysia yang mampu ditukarkan kepada penjanaan ekonomi kreatif. Ia melibatkan penghasilan kandungan bermutu tinggi dan peluang pekerjaan kepada pengamal serta pemain industri kreatif.
Kerajaan sejak dahulu lagi dilihat memberi keutamaan dan peruntukan bagi membangunkan industri kan-dungan kreatif agar dapat membantu memberi pulangan serta memacu ekonomi negara.