Enam remaja ditahan rogol pelajar Tingkatan Dua

Iklan
Enam remaja lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol pelajar perempuan tingkatan dua secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Hutan Melintang, Bagan Datuk bulan lalu.

BAGAN DATUK - Enam remaja lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol pelajar perempuan Tingkatan Dua secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Hutan Melintang, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penahanan suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan daripada ibu mangsa, Selasa lalu.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 14 tahun dijemput rakan sekolah dan dibawa ke sebuah rumah sekitar jam 2.30 pagi pada 24 September lalu. Di tempat kejadian terdapat lima lagi suspek yang sedang berehat.

Menurut beliau, tangkapan dilakukan pada Rabu yang mana lima daripadanya merupakan rakan sekolah mangsa.

Iklan

"Seorang lagi suspek berusia 17 tahun sudah berhenti sekolah. Kesemua direman selama tiga hari sehingga Jumaat.

"Siasatan kes dianggap selesai dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk dapatkan arahan lanjut," katanya.

Iklan

Ahmad Adnan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan memandangkan mangsa masih di bawah umur.