Presiden Afghanistan kekal sandang jawatan

Iklan
Kiraan awal undi menunjukkan Ghani memperoleh 50.6 peratus undi.

KABUL - Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani berjaya mengekalkan penggal kedua pemerintahannya selepas beliau memperoleh 50.6 peratus dalam kiraan undi awal, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Presiden pada 28 September lalu beberapa kali ditangguhkan selepas berdepan dakwaan salah laku dan masalah teknikal.

Iklan
Iklan

Pengumuman itu sekali gus menandakan kejayaan Ghani menewaskan pesaing utamanya, Abdullah Abdullah yang berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif dalam kerajaan perpaduan nasional yang rapuh.

Awal bulan lalu, Abdullah bersetuju untuk langkah kiraan semula undi di wilayah yang menghentikan proses itu selama lebih sebulan.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya pada bulan lalu cuba untuk mengira semula undi namun dihalang Abdullah malah beliau juga tidak membenarkan proses itu disertai kumpulan pemerhatinya.

Difahamkan, pihak lawan masih boleh mencabar keputusan yang berpihak kepada Ghani itu yang dijangka membuka jalan untuk memimpin rundingan damai bersama Taliban.

Iklan

Sehingga kini, beliau bersama kerajaan di Kabul telah diketepikan dalam rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Taliban yang berlangsung pada tahun lalu. - Agensi