Tidak salah rumah tanpa tingkap: Bomba

Iklan
Bahagian luar rumah milik Mohammad Hanif Allah Pitchay, 42, yang dibina tidak mempunyai tingkap ketika tinjauan Bernama ke rumahnya di Taman Koperasi, Kangar baru-baru ini. - Foto Bernama

KANGAR - Tiada kesalahan dari segi keselamatan bagi pembinaan rumah tanpa tingkap selagi pemilik kediaman persendirian tahu mengendalikan sistem keselamatan kebakaran dan tidak menjalankan aktiviti merbahaya atau membuat stor penyimpanan gas di rumah, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Ruhisya Haris.

Menurutnya, mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984, tidak memperuntukkan mana-mana klausa yang berkaitan pintu dan tingkap, rumah taman dan sebagainya.

Iklan
Iklan

"Bomba hanya melihat melalui pelan yang dikemukakan pihak arkitek dan pihak pemaju dari segi 'party wall' iaitu dinding antara dua rumah serta kedudukan pili bomba dengan jarak 90 meter pada awal pembinaan bangunan perumahan itu.

"Jika ada perubahan pada bangunan selepas rumah diduduki, pemeriksaan lanjut adalah di bawah tanggungjawab pihak pemaju itu sendiri," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Iklan

Bernama sebelum ini melaporkan mengenai sebuah unik milik seorang kontraktor elektrik yang mengubah suai rumah miliknya dengan membuang kesemua tingkap rumahnya di Taman Koperasi dekat sini, selepas beberapa kali di ceroboh pencuri pada tahun 2017.

Rumah tersebut hanya mempunyai dua pintu iaitu pintu hadapan dan pintu belakang.

Iklan

Ruhisya berkata, beliau yakin aspek keselamatan telah diambil kira pemilik rumah berkenaan namun jika terdapat unsur-unsur bahaya, pihaknya boleh mengeluarkan notis kepada pemilik rumah. - Bernama