Dokumen palsu: Ahli Lembaga Pengarah syarikat nasi kandar direman
Iklan
GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Seorang Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat nasi kandar direman tiga hari selepas disyaki bersubahat dalam mengemukakan dokumen palsu bagi program penggajian dan penempatan semula pekerja warga asing.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), R Yeohgeswarajen di Mahkamah Majistret di sini.