Lelaki tampar bekas teman wanita

Iklan
Video tular memaparkan insiden seorang lelaki menampar bekas teman wanitanya di dalam sebuah kereta.

GOMBAK - Insiden seorang lelaki menampar bekas teman wanitanya di dalam sebuah kereta dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah terkesan satu video klip berdurasi 22 saat telah tular di laman sosial memaparkan kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian itu berlaku jam 6.30 petang, di sini, pada Isnin.

Noor Ariffin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012-8819215 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.