Pemimpin negara Islam perlu beri tekanan, kutuk serangan Israel
Iklan
Struktur di Rafah, selatan Genting Gaza yang musnah teruk dibedil rejim Zionis dan meragut puluhan nyawa. - Foto AFP (Gambar kecil: Awang Sufian Awang Piut)
SHAH ALAM - Pemimpin negara-negara Islam perlu bertindak tegas dengan memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap Palestin.
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Sufian Awang Piut berkata, serangan rejim Zionis kali ini merupakan kezaliman dahsyat dan jenayah melampau berbanding beberapa siri serangan sebelum ini.