[VIDEO] Selagi tidak seberang parti, akta tidak terpakai - Tuan Ibrahim
Iklan
KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang menyatakan sokongan kepada pimpinan Perdana Menteri tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ahli Dewan Rakyat.
Malah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan keputusan drastik itu dibuat kerana wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memikirkan nasib dan tekanan yang dirasai rakyat di kawasannya susulan tiada peruntukan disalurkan kepada pembangkang.
Iklan
Iklan
"Saya akui melalui pengalaman peribadi sebagai orang lama dalam Pas, kami (pembangkang) bermula dengan tiada peruntukan (dan) tidak pernah dapat peruntukan dari kerajaan.
"Kita mula dapat peruntukan apabila berada dalam kerajaan, sekali gus dapat laksanakan tanggungjawab dengan beri peruntukan (kepada pembangkang). Pada tahun 1999 ketika saya jadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), satu sen peruntukan tak pernah dapat dalam tempoh lima tahun.
Iklan
"Kita terpaksa guna elaun sendiri untuk bayar sewa pejabat, gaji pekerja dan tolong rakyat. Sebab itu ada kalangan rakan-rakan, apabila tamat perkhidmatan sebagai ADUN, hutang di kedai dan hutang pembekal masih banyak. Ini sangat tidak adil,” katanya kepada Sinar Harian.
Tuan Ibrahim
Sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain dilaporkan membuat keputusan menyokong pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.
Iklan
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjelaskan, Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai dalam situasi berkenaan ekoran Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu tidak bertukar atau keluar daripada Bersatu.
"Dia tidak menyeberang ke sana (lompat ke parti kerajaan), dia tetap ahli Bersatu. Kalau dia menyeberang, sudah tentu dikenakan (hukuman) di bawah Akta Anti Lompat Parti. Beliau hanya menyatakan sokongan sahaja.
"Spekulasi mengenai dia dikenakan tekanan dan sebagainya, saya tidak pasti. Namun faktor besar saya percaya kerana peruntukan,” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.