Waspada banjir air pasang besar di Mersing, Kota Tinggi
Iklan
Beberapa kawasan di daerah Mersing dan Kota Tinggi dijangka terjejas akibat banjir sekiranya air pasang berlaku pada 25, 26 dan 27 Disember ini. - Foto Bernama
KULAI - Beberapa kawasan di daerah Mersing dan Kota Tinggi dijangka terjejas akibat banjir sekiranya air pasang berlaku pada 25, 26 dan 27 Disember ini.
Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, fenomena air pasang itu dijangka menyebabkan paras air laut mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Iklan
Iklan
Beliau berkata faktor empangan yang tidak boleh menampung jumlah hujan dan seterusnya berlaku limpahan serta fenomena air pasang akan menyebabkan banjir berlaku.
"Ada kawasan di Kota Tinggi yang akan naik sehingga tiga meter... tetapi disebabkan daerah itu rendah yang asalnya paras air dua meter, ia akan terus naik kepada satu meter.
Iklan
"Bila air pasang datang, air tidak boleh keluar semula (jika bertembung sungai dan empangan) kerana graviti...sebab paras air laut lebih tinggi daripada paras bawah, jadi ia akan berpatah balik. Itulah yang akan menyebabkan banjir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pembangunan Usahawan Melalui Pemasaran Online dan Penyampaian Geran Usahawan dan Belia Niaga di sini hari ini.
Jimmy Puah meminta orang ramai supaya bersedia kerana sekiranya hujan lebat pada tiga hari itu (25, 26 dan 27 Disember) kemungkinan banjir berlaku.
Iklan
Beliau turut menjelaskan pihaknya bersiap siaga dari segi aset bagi menghadapi banjir dan menjelaskan bahawa pemantauan banjir sentiasa dilakukan menerusi Jabatan Meteorologi Malaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran.
Sementara itu beliau berkata, paras air Empangan Labong di Mersing dan Machap mengalami limpahan berikutan hujan lebat yang berterusan.
Mengenai program pembangunan usahawan melalui pemasaran dalam talian berkenaan Jimmy Puah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu berkata, ia melibatkan 88 peserta. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>