FB digodam: SPA Perak ambil tindakan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

IPOH - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak memaklumkan laman Facebook agensi itu yang digodam semalam, tidak lagi menjadi medium rasmi dan orang ramai diminta untuk melayari laman sesawang sedia ada di https://spa.perak.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini.

SPA Perak dalam satu kenyataan dalam laman sesawangnya itu turut menjelaskan tindakan sewajarnya telah diambil bagi memastikan gangguan yang berlaku tidak berlarutan.

Iklan
Iklan

"Dimaklumkan bahawa Pejabat ini telah mengambil tindakan sewajarnya sejak awal perkara tersebut berlaku dan kini berada di bawah tindakan pihak berwajib,” menurut kenyataan tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, SPA Perak turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk orang awam yang prihatin terhadap masalah yang berlaku.

Semalam, SPA Perak dalam kenyataan memaklumkan laman sosial Facebook milik agensi itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab sekitar jam 12 tengah hari.

Iklan

Semakan mendapati terdapat beberapa video lucah dimuat naik di akaun Facebook tersebut sejak tengah hari semalam dengan kali terakhir pada kira-kira jam 9 malam tadi. - Bernama