Buli siber jenayah terselubung
Iklan
Buli siber merujuk penggunaan teknologi digital untuk memudaratkan orang lain dan biasanya melibatkan media sosial.
PERIBAHASA ‘baling batu sembunyi tangan’ sudah boleh digantikan dengan ‘buli siber, sembunyi identiti’.
Laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan kedua di Asia dan keenam di dunia pada 2020 bagi perbuatan buli siber dalam kalangan belia.