DBP tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

Iklan
Dewan Bahasa dan Pustaka

SHAH ALAM - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023.

Menurut DBP, perkara itu selaras dengan pegangan kerajaan Malaysia berkenaan konflik yang berlaku di Palestin.

Iklan
Iklan

"Perkara ini dibuat susulan pendirian kerajaan dalam konflik Palestin-Israel pada ketika ini dan memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Kementerian Pendidikan (KPM) menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.

Iklan
Iklan

KPM menerusi kenyataan pada Isnin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada penganjur kepada Israel.