Dapo Mok Kita

Iklan
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Abdul Rahman Limbong, Nur Fitri Salwa Apiyang@Mohamad, 18, (kiri) bersama rakan-rakan merasai pengalaman berada di dapur zaman dahulu semasa melawat Pameran Dapo Mok Kite: Gastronomi Alam Melayu 2023 di Kompleks Muzium Negeri Terengganu hari ini.
Pameran yang bermula hari ini hingga 31 Mac tahun depan bertemakan 'Dapo Mok Kita' bertujuan mengimbau kenangan 'air tangan' orang lama dalam menyediakan makanan seperti kuih-muih lama yang sukar ditemui.

Program anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu bertujuan memartabatkan warisan budaya tinggalan nenek moyang yang semakin dilupai generasi moden.

Pameran itu turut menonjolkan keunikan dan kehebatan seni dan budaya makanan tradisi negeri seperti Nasi Dagang, Keropok Lekor, Opok-Opok, Ke'ang, Che Abas Demam, Lempeng Anakkang, Urat Jati, Puli Ubi Kayu, Tepung Pasung, Ghepok Kacang, Nisan Nyior dan Loklik.