Sepanyol tempah tiket Euro 2024
Iklan
SEPANYOL menempah tiket ke Euro 2024 dengan kemenangan 1-0 ke atas Norway pada Ahad Isnin yang turut membantu Scotland mara dari Kumpulan A.
Pemain tengah, Gavi meledak gol pada separuh masa kedua untuk membantu pemenang Euro 2008 dan 2012 itu mara ke kejohanan di Jerman musim panas depan walaupun baki saingan peringkat kumpulan masih ada dua perlawanan.
Norway, yang kali terakhir muncul pada kejohanan utama pada Euro 2000 kini hanya berpotensi layak melalui play-off, tetapi perlu berada di tangga ketiga dan berharap Serbia layak dari Kumpulan G.
Sepanyol hampir tidak membenarkan penyerang sensasi Norway, Erling Haaland bergerak dalam perlawanan tersebut dan mencipta gol.