Program ziarah kasih legenda bola sepak perkukuh semangat perpaduan
Iklan
Khalid (empat dari kanan) menerima kunjungan wakil program Ziarah Kasih sempena Karnival UNITI Pestabola Merdeka di Keramat pada Ahad. Foto FB FAM.
KARNIVAL UNITI Pestabola Merdeka Kuala Lumpur 2023 terus disemarakkan menerusi program Ziarah Kasih dengan kunjungan ke atas tiga legenda bola sepak negara iaitu Khalid Ali, P Darmalinggam dan S Pushpanathan pada Ahad.
Program Ziarah Kasih itu dijayakan Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang menyantuni tiga legenda itu selain turut menyampaikan sumbangan buat mereka.
Iklan
Iklan
KPN menerusi satu kenyataan menyebut, karnival yang menjadi tarikan utama itu membuktikan bahawa dalam meraikan perpaduan, masyarakat tidak boleh melupakan legenda-legenda yang pernah membawa nama negara ini ke peringkat antarabangsa.
Karnival UNITI Pestabola Merdeka bukan sahaja bertujuan menyatupadukan masyarakat tetapi juga sebagai usaha untuk terus memperingati sejarah bola sepak Malaysia dengan cara yang bermakna, iaitu dengan mengadakan Ziarah Kasih.
Iklan
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara menyatakan harapan agar Karnival UNITI sempena Pestabola Merdeka Kuala Lumpur itu akan menjadi satu detik kebanggaan, di mana rakyat bersama-sama mengenang jasa-jasa legenda-legenda bola sepak Malaysia yang telah membawa nama negara ke peringkat dunia.
"Sukan dan perpaduan adalah mesin kekuatan yang membantu menyatukan rakyat dalam kepelbagaian. Karnival seumpama ini merupakan peluang kita untuk merayakan sejarah bola sepak Malaysia dan mengingatkan kita akan peranan yang dimainkan oleh legenda-legenda dalam pembentukan negara.
Iklan
"Melalui acara ini, kita membuktikan bahawa perpaduan adalah jalan kita menuju kejayaan bersama dan terus memperkukuh ikatan kebangsaan dan membawa Malaysia ke arah yang lebih cemerlang.
"Ayuh rakyat Malaysia kita kukuhkan semangat perpaduan negara, bersama-sama menggema satu suara, bersatu hati yang berkongsi semangat kesukanan, dan masyarakat yang bersatu padu,” ujar Azman.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.