Dua ditahan di Labuan disyaki perdagangkan manusia

Iklan
olis menahan seorang wanita warga Filipina dan seorang lelaki rakyat tempatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Labuan.

LABUAN - Polis menahan seorang wanita warga Filipina dan seorang lelaki rakyat tempatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di pulau bebas cukai ini.

Ketua Polis Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, mereka diberkas Jumaat lepas di pusat bandar di sini, setelah polis menerima panggilan kecemasan daripada Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Kedutaan dihubungi dua wanita Filipina yang berjaya melarikan diri dari lokasi mereka ditempatkan dan meminta diselamatkan,” katanya pada Ahad.

Mohd Hamizi berkata, satu pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) segera menyerbu sebuah pusat hiburan di sini.

Iklan

Beliau berkata, Mahkamah Majistret membenarkan tahanan reman selama enam hari mulai hari ini hingga 21 Oktober ke atas dua individu itu untuk siasatan lanjut.

Kedua-dua individu itu disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imegresen 1559/63.

Iklan

Mohd Hamizi menggesa orang ramai untuk berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian jenayah atau aktiviti penyeludupan manusia dengan polis sebagai usaha untuk membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang. - Bernama