9 Geng Jackie terlibat sindiket pelacuran didakwa

Iklan
Antara sembilan individu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang “Geng Jackie” untuk kegiatan pelacuran sejak kira-kira tiga tahun lalu. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Sembilan individu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang 'Geng Jackie' untuk kegiatan pelacuran sejak kira-kira tiga tahun lalu.

Kesemua mereka yang berusia antara 24 dan 51 tahun itu didakwa menjadi ahli kumpulan berkenaan di daerah ini antara 30 November 2017 dan 28 November lepas.

Iklan
Iklan

Lima daripada tertuduh ialah lelaki tempatan iaitu Tay Boon Soon, 47; Chong Jin Xiong, 24; Chang Soon Fah, 31; Go Boon Keong, 42; dan Wong Teck Kwang, 37.

Empat lagi adalah dua wanita tempatan iaitu Wong Yoke Moy, 51, dan Fong Yan Ching, 34, manakala yang lain adalah seorang lelaki warga Thailand Arnon Boonrod, 26; dan seorang lelaki warga Bangladesh Md Jhaidul Islam, 31.

Iklan

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu dipenjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun jika disabit kesalahan.

Pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Kamaruddin Kamsun.

Iklan

Tiada jaminan ditawarkan dan tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Antara sembilan individu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang"Geng Jackie” untuk kegiatan pelacuran sejak kira-kira tiga tahun lalu. - Foto Bernama

Chang, Teck Kwang dan Go diwakili peguam Abd Rahim Ali dan Jihad Syahida Nadia Zakaria, Yoke Moy pula diwakili Mohd Ashram Zakaria manakala selebihnya tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman dan Nadia Zulkefli manakala mahkamah kemudian menetapkan 23 Jan ini untuk kes itu disebut semula bagi dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Yusof Ahmad yang ditemui media di luar kamar mahkamah berkata, kumpulan terbabit diketuai oleh seorang lelaki tempatan bernama"Jackie” dan didapati telah mengeksploitasi perempuan warga asing dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan seks (pelacuran).

"Modus operandi kumpulan ini ialah menjadikan warga-warga asing sengaja berhutang dengan along atau peminjam wang. Bila tidak mampu membayar, dia akan langsai hutang secara pelacuran yang saya rasa amat serius.

"Jadi saya memberi amaran kepada kumpulan kumpulan atau orang-orang yang mendalangi aktiviti pelacuran supaya menghentikan benda ini. Kalau tidak, kita akan gunakan segala kaedah atau undang-undang yang ada termasuk Seksyen 130V membabitkan jenayah terancang untuk menentang mereka.

"Dalam masa sama kita masih memburu beberapa lagi individu yang sedang bebas untuk selesaikan kes sampai ke akar umbi,” katanya. - Bernama