Tiada kenaikan cukai taksiran di Negeri Sembilan: Exco

Iklan
Teo Kok Seong

SEREMBAN - Tiada sebarang kenaikan cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan pada tahun hadapan, kata Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong.

Beliau berkata, ini selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bahawa tiada sebarang kenaikan bagi cukai tanah dan cukai pintu selama lima tahun.

Iklan
Iklan

​​​​​​"Jadi kerajaan negeri berpegang kepada janji kita kepada rakyat semasa PRU14,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pada Jumaat lepas yang dilapor sebagai berkata cukai taksiran PBT di seluruh negara akan dinaikkan mulai tahun hadapan.

Iklan

Zuraida berkata, kenaikan itu dibuat selepas ada PBT yang tidak melaksanakannya sejak bertahun-tahun lamanya serta menegaskan bahawa kenaikan itu tidak dilaksanakan secara mendadak sehingga menyusahkan rakyat.

Dalam pada itu Kok Seong berkata, cukai taksiran bagi PBT di Seremban dan Nilai juga tidak akan dinaikkan meskipun percantuman kedua-dua PBT berkenaan membentuk Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mula dibuat dan akan memulakan operasinya tahun hadapan.

Iklan

Seremban akan diisytiharkan sebagai bandar raya pada Januari tahun hadapan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. - Bernama