Saran wujud 'masterplan' pelancongan - ADUN Johol
Iklan
Wujudkan lebih banyak kawasan berstatus ‘outdoor adventure' bagi menarik pelancong ke negeri ini - Gambar hiasan (Gambar kecil: Saiful Yazan)
KUALA PILAH - Kerajaan Negeri Sembilan disarankan mewujudkan ‘Masterplan’ pelancongan dan dilancarkan dalam masa terdekat supaya satu strategi pemerkasaan produk pelancongan di negeri ini dapat dikenal pasti serta ditingkatkan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman berkata, ia bagi menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan di negara ini.
Menurutnya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, beliau telah memperkenalkan Tekad Hebatkan Johol dan salah satunya menjadikan Johol sebagai lokasi pelancongan pilihan."Saya ambil contoh Johol kerana di kawasan saya sendiri banyak lokasi menarik yang mampu menarik pelancong domestik dan antarabangsa, antaranya kewujudan lebih banyak kawasan yang berstatus ‘outdoor adventure’.
Iklan
Iklan
"Cuma ia perlu mendapat sokongan daripada kerajaan negeri untuk membantu mempromosikannya secara agresif."Kita tidak boleh terlalu selesa dengan menjadikan hanya Port Dickson sebagai produk pelancongan kita," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Malah beliau juga tidak menafikan terdapat banyak tempat menarik di daerah lain seperti di Jelebu, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai destinasi pelancongan."Jika ini (Masterplan) dapat dijayakan, aspirasi untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan pilihan akan dapat dijayakan sekali gus membawa negeri ini lebih dinamik, berdaya maju dan mapan," katanya.
Iklan
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya satu pusat belia diwujudkan di setiap daerah di negeri ini."Pusat ini menyediakan beberapa kemudahan kepada belia untuk berniaga produk mereka sendiri dan diwujudkan juga studio rakaman percuma supaya mereka dapat berniaga secara bersiaran langsung di media sosial," katanya.
Beliau berkata, bagi kemudahan sukan pula, beliau melihat ia masih memerlukan satu perhatian khusus daripada kerajaan negeri terutamanya di kawasan luar bandar."Sebagai contoh, kemudahan padang bola sepak, gelanggang serbaguna untuk permainan sepak takraw, bola keranjang dan badminton masih tidak memuaskan.
Iklan
"Dalam kita mahu menggalakkan rakyat mengamalkan cara hidup sihat melalui penyertaan dalam sukan, kita perlu serius melakukan penambahbaikan bagi tujuan infrastruktur sukan di negeri ini," ujarnya.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.