Tidak kenal erti hidup aman
Iklan
Banyak infrastruktur musnah teruk akibat pengeboman tanpa henti tentera Israel susulan konflik terbaru di Gaza.
SERANGAN skala besar melalui darat, udara dan laut oleh pejuang Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza ke atas Israel pada subuh, 7 Oktober lalu sekali lagi meraih perhatian dunia terhadap konflik yang berlarutan selama 70 tahun.
Dinamakan ‘Operasi Badai al-Aqsa’, ia merupakan serangan balas Hamas bagi menghukum rejim Zionis atas segala jenayah terhadap rakyat Palestin termasuk penghapusan bangsa, pendudukan, penindasan, penempatan haram dan pencerobohan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.